Biaya Proofread di Malaysia
BERAPA RINGGIT KENA SAYA SEDIAKAN APABILA TESIS SAYA HAMPIR SIAP DAN PERLU KHIDMAT LUAR UNTUK MEMANTAPKANNYA?
Post saya tempoh hari mendapat banyak maklum balas dan ada yang bertanya soalan di atas.
Saya berikan jawapan ringkas ini: RM3,000 untuk mendapatkan khidmat proofreading, reference checking dan formatting. Dan jika tak pandai menterjemah untuk abstrak sendiri, RM3,000 itu pun dah cukup.
Sila baca post ini sehingga habis kerana di hujungnya ada POINT penting agar post ini lebih bermanfaat untuk lebih ramai ahli DSG.
Post ini saya nukilkan selepas lebih 4,000 orang postgrads and pensyarah saya bantu untuk jodohkan mereka dengan proofreader terbaik.
Katalah kita target untuk cari proofreader yang caj RM10 sehalaman bagi khidmat proofreading. Tesis kita ada 200 halaman.
Di situ sahaja sudah bercaj RM2,000.
Lagi RM1,000 kita peruntukkan untuk khidmat sampingan seperti reference checking, formatting, dan terjemahan abstrak.
Pecahannya lebih kurang begini:
Formatting RM2 per page × 200 pages = RM400
Reference checking RM1 per reference × 200 references = RM200
Terjemahan abstrak = RM100
Baru RM700. Ada baki RM300. Cukup sebagai persediaan jika mana2 khidmat di atas mengenakan caj sedikit tinggi daripada yang kita sasarkan.
Jika tak guna RM300 itu, boleh salurkannya untuk proses pencetakan tesis pula.
Khidmat2 yang saya sebutkan di atas penting kerana:
1. Ia boleh disumberluarkan (oursource). Lagipun kita dah buat budgeting dan dah ada wangnya.
2. Kita boleh fokus buat kerja lain yang lebih mendatangkan hasil sepanjang hidup daripada mencuba perkara yang kita buat sekali seumur hidup.
3. Biarlah orang yang berkemahiran dengannya yang mengendalikannya. Tak pening kepala kita.
Soalan yang saya jangka akan ditanya: Macam mana nak tahu proofreader akan caj RM10 per page?
Jawapannya: Dapatkan sampel dan minta sebut harga SEKARANG. Tak perlu tunggu tesis dah siap, baru terhegeh-hegeh cari proofreader. Masa tidak menunggu kita.
Caranya, hubungi mana-mana khidmat proofreading yang kita percayai dan ada recommendation daripada kawan-kawan. Minta SAMPEL proofreading dan sebut harga.
Saya akan tulis lebih lanjut pasal SAMPEL proofreading ini dan KEPENTINGANNYA dalam post akan datang.
Ada soalan?
Muhammad Zaki Ramli
DSG Advisor (Proofreading)