Doctor of Philosophy (Ph.D) vs Doctor of Business Administration (DBA)

Apa bezanya Ph.D dan DBA?

Nota: Bukan niat saya utk merendah-rendahkan program yg dibincangkan. Sebab ramai yg bertanya perbezaan antara PhD dan DBA di UiTM.

Sebagai salah seorang resource person utk program DBA dan terlibat secara langsung program PhD, begini perbezaannya.

Contoh di UiTM

Ph.D = modul pengajian melibatkan kajian penyelidikan 100%.

Hanya kelas research methodology, dan statistics diwajibkan pelajar (weekend class).

Pelajar dikehendakki menyediakan tesis.

Gelaran yg dianugerahkan: Dr.

Syarat lulus: menghadiri kelas research methodology, statistics; proposal defend dan viva voce exam.

Tiada coursework (di UiTM)

Jumlah penilai: 2 penilai luar dan 1 penilai dalaman.

Penyediaan tesis tidak lebih 100,000 patah perkataan

Lebih sesuai kpd pensyarah/penyelidik

Yuran pengajian: kurang RM 15,000

********
DBA = modul pengajian melibatkan 70% coursework dan 30% kajian penyelidikan.

Pelajar perlu menghadiri kelas (mengikut major) dan mengambil peperiksaan akhir.

Pelajar dikehendakki menyediakan disertation

Gelaran yg dianugerahkan = Dr

Jangkamasa coursework = 2 tahun.

Setelah lulus coursework, pelajar akan meneruskan utk kajian penyelidikan.

Syarat lulus: Tamat semua coursework, proposal defend dan viva voce exam.

Jumlah penilai: seorang penilai luar dan seorang penilai dalaman

Penyediaan disertation tidak melebihi 60,000 patah perkataan

Lebih sesuai utk penggiat industri

Yuran pengajian: Lebih RM 15,000 (mengikut universiti)

Norzaidi Mohd Daud